Friday, June 15, 2012

Isi Hati ?


Assalamualaikum .

Firstly , nak bagitau yang kita rindu blog kita ni sebab dah lama gila kayy tak update *wink wink >.<
Haa nak cita something ni , This is about my life that not taken by anybody ;)

Sebetulnya , yahh aku single . Tapi sebenarnya bukan aku tak nak bercinta lagi , keinginan itu ada tapi belum masa nya lagi sebab aku malas dan penat nak jaga hati orang lain akhirnya hati aku yang merana , lagi pon SPM adalah keutamaan aku sekarang . Untuk orang yang usha aku , bukan aku tak nak bagi peluang atau tak nak terima kau orang , aku hanya ingin kita berkawan . Tolong faham aku !

Tetapi , hati aku hanya ada teman lelaki istimewa yang selalu ada disisi aku walau apa pun yang terjadi dalam perhubungan kami . Dia bukan lah kekasih aku , bukan juga suami aku . Itu semua dalam perancangan untuk masa depan . Kami selesa dengan keadaan kami sekarang . Saling memahami , menyayangi , menghargai , mengambil berat , menjaga hati dan paling penting bagi aku adalah kejujuran dan juga kesetiaan .

Dia bukan hak aku sepenuhnya tapi aku harap dia setia kerana aku impikan suatu hari nanti dia mungin jadi milik aku . Lama kami berkawan , berkenalan tetapi setiap percubaan pasti ada halangan nya . Tak apa pada aku mungkin ini ujian Allah untuk aku terus bersabar . Dia lah yang tahan dengan perangai aku , serius kami jarang sekali bergaduh . Aku minta maaf jika selama ini aku menyakiti hati kau bukan aku sengaja kan . Aku minta maaf juga kerana pernah tinggalkan kau buat seketika tetapi selepas itu kau masih ingin terima aku sebagai teman istimewa kau lagi . Aku bahagia bersama kau .

Aku harapkan sebuah perhubungan yang kekal walaupun suatu hari nanti kita hanya menjadi sorang sahabat . Ok ,aku rindukan kau . walaupun kita belum pernah ukir sebuah kenangan yang terindah tapi bagi aku setiap apa yang dilalui bersama adalah kenangan kita :)

Itu sahaja , harap awak gembira membacanya , maaf jika ianya terlalu berlebihan . Ini semua isi hati yang ditaip pada malam hari hehehe. Kejujuran yang telah dinyatakan :) Assalamualaikum . 



I wish I was your favourite girl :)
I wish you will advice me when I upset :)
I wish you will never forget to look on my face when we first meet :)
I wish that you need me so much :)
I wish my smile was your favourite of kind smile :)
Basically , I wish that you love me too :)

Awak dah habis bace? Like laa, tak pon kasi cium laa kite sikit, hee. :) Ehh awak jap jangan laa close dulu, tinggalkan laa reaction awak kat bawah ni tau. Sayang awak sangat sangat! Terima kasih ^^